Panduan Ringkas Perangkap Minyak di Premis Makanan Malaysia

Di Malaysia, semua premis makanan wajib memasang dan menyelenggara perangkap minyak mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) serta Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Langkah ini bertujuan mengelakkan pencemaran sungai akibat pelepasan minyak, gris dan sisa makanan.
Asas Peraturan
- Keperluan ini berpandukan Akta Kerajaan Tempatan 1976 (Akta 171).
- Seksyen 69 & 70 menetapkan denda sehingga RM2,000 atau penjara 1 tahun, dengan tambahan denda harian jika pencemaran berterusan.
- Lesen premis makanan boleh ditolak atau tidak diperbaharui jika pemilik gagal menyediakan dan menyelenggara perangkap minyak.
Jenis Perangkap Minyak
- Individu – Dipasang pada satu sinki atau satu premis sahaja.
- Pemilik atau pekerja boleh melakukan pembersihan sendiri.
- Rekod penyelenggaraan harian, mingguan, atau bulanan perlu diisi (Lampiran 6 & 7).
- Komunal – Digunakan oleh beberapa premis atau berskala besar.
- Digalakkan menggunakan kontraktor pembersihan kerana lebih kompleks.
- Pelan pemasangan perlu disahkan oleh Jurutera Profesional.
Penyenggaraan Wajib
- Bakul penapisan mesti dibersihkan setiap hari.
- Brown grease dan sisa makanan perlu dikeluarkan secara berkala.
- Semua rekod penyelenggaraan mesti direkodkan dan ditandatangani pemegang lesen.
- PBT akan membuat pemeriksaan berkala dan menilai sama ada perangkap minyak dipasang dan diselenggara dengan sempurna.
Dokumen yang Perlu Disediakan
- Borang penggunaan atau pemeriksaan perangkap minyak.
- Laporan prestasi daripada SIRIM (untuk jenis individu tertentu).
- Pelan susun atur & lukisan teknikal (untuk jenis komunal).
- Jadual cadangan penyelenggaraan sepanjang tempoh operasi.
Kesimpulan
- Tidak wajib melantik kontraktor untuk perangkap minyak individu. Pemilik boleh bersihkan sendiri asalkan ikut jadual penyelenggaraan dan simpan rekod.
- Bagi perangkap minyak komunal, kontraktor digalakkan untuk pastikan kerja penyelenggaraan lebih teratur.
- Apa yang penting, rekod mesti lengkap kerana ia akan diperiksa oleh pegawai PBT semasa permohonan lesen baharu atau pembaharuan lesen.
Penyelenggaraan Perangkap Minyak
Ramai pemilik restoran sibuk dan kerap terlupa rutin penyelenggaraan perangkap minyak, hingga rekod kosong dan lesen perniagaan tergantung. Untuk elakkan masalah ini, FTH Solutions menawarkan servis pembersihan perangkap minyak dengan pelan langganan berkala. Semua jadual akan dipantau secara konsisten supaya pemilik premis tidak perlu risau jika PBT datang membuat pemeriksaan.
Dengan FTH Solutions, kerja penyelenggaraan jadi mudah, pemilik boleh fokus pada operasi restoran, dan lesen sentiasa selamat.
-
Centralised Grease Trap Service At Kuala Lumpur...
In commercial kitchens, food courts, factories, and large F&B premises, managing grease waste efficiently is not just a best practice — it is a regulatory and operational necessity. A Centralised...

Professional Grease Trap Cleaning
In Malaysia, commercial kitchens such as restaurants, cafés, central kitchens, and food processing facilities are required to install a Grease Trap to prevent fats, oils, grease (FOG), and food waste...

ADS-SD2 Auto Dosing System Installation in Seti...
Grease Trap Maintenance Solution by FTH Solutions FTH Solutions recently completed an ADS-SD2 Auto Dosing System installation in Setiawangsa, providing an automated and reliable grease trap maintenance solution for a...